Tuesday, May 8, 2012

Apa Beza Ikhwan dan Ikhwah?


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

1. Penerangan pertama : Ikhwah dan Ikhwan adalah antara variasi dalam jama` taksir bagi perkataan "akhu". 

Bak kata Lisanu l-`Arabi: 

الأَخُ الواحد، والاثنان أَخَوان، والجمع إِخْوان وإِخْوة

2. Penerangan kedua : Asalnya ialah perkataan akhu yang jamaknya benar ada dua yakni ikhwah dan ikhwan. Dalam kamus Hans-Wehr yang menjadi rujukan ana kerana ini magnum opus bagi kamus Arab-Inggeris sedunia, ia menintakan perkataan ikhwan itu bermaksud, specifically means the brethren or members of an order. 

Sebab itu, kita menggunakan al-ikhwanu al-muslimun dalam konteks gerakan Islam antara terawal itu. Kerana maksud ikhwan itu sendiri adalah merujuk kepada suatu keanggotaan yang bersifat organisasi atau dalam bahasa Arabnya - al-harakah [movement] yang berasal daripada perkataan haraka yang bermaksud menggerakkan sesuatu. 

Oleh itu, secara ghalibnya [kebiasaannya] dalam bahasa Arab, ikhwan digunakan untuk menonjolkan ciri-ciri organisasi.

3. Penerangan ketiga : Syarah guru kami, al-Fadhil al-Ustaz Yousef ar-Remawi Hafizahullah berkenaan ikhwan VS ikhwah ini ialah, ikhwan selalunya digunakan khalayak yang lelaki. Manakala ikhwah pula untuk khalayak yang bercampur antara lelaki dan juga perempuan. 

Sebab itu, sekiranya pemidato/pimpinan gerakan Islam dan sebagainya menyeru, Ya Ayyuhal Ikhwah atau Ikhwah sekalian, maka kita fahamlah, ia bermaksud, inti ucapannya itu ditujukan untuk seluruh khalayak tidak kira lelaki mahupun perempuan. 

Begitulah apa yang kami faham daripada guru kami yang 'alim.

4. Syarah perkataan Akhu [Saudara] di atas adalah dari sudut makna literal. Belum lagi etimologi [asal usul perkataan] yang anda boleh peroleh di SINI

Wallahu'alam

سبحان الله وبحمده، سبحان الله العظيم

سبحان الله والحمدلله ولا إله إلا الله والله أكبر

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

1 comment:

Sebarkan Manfaatnya! :)